5 Langkah Meningkatkan Sistem Imun Badan

Posted by webmaster 24/03/2020 0 Comment(s) Petua Amalan Tradisional,Coretan Suzyhoney,

Hari ini Kak Suzy mahu berkongsi mengenai cara hidup sihat  yang boleh kita amalkan bagi menjadikan imun sistem badan kita sihat. Atau dalam bahasa kampungnya di panggil sistem pertahanan badan  manusia. 

Jika lemah sistem pertahanan badan ini memang sangat mudah kita di jangkiti apa-apa penyakit tambahan lagi bila ada bakteria atau Virus menyerang. Begitulah di musim Covid 19 ini pun.   

Virus Covid 19 di percayai  akan attack sistem pertahanan badan manusia.  Yang mana ianya akan menyerang sistem pernafasan manusia.  Buat masa sekarang ini tidak ada apa-apa vaksin pun boleh mengelakkan Covid 19 ini.  Kerana itu sekarang kerajaan mengambil langkah tegas untuk melakukan  tempoh pergerakan kawalan  bagi menghentikan penyebaran virus covid 19 ini.

Dalam keadaan sekarang ini , selain mematuhi perintah kawalan pergerakan ini, perlu kita tahu bagaimana mahu menjaga kesihatan seisi keluarga.

 Menjaga pemakanan dengan pengambilan  makanan  sihat  dan lebihkan sayuran dan buah segar. Kalau boleh kurangkan pengambilan makanan yang di proses. 

Berikut ini antara bahan rempah ratus masakan yang boleh membantu menguatkan imun  sistem antaranya  seperti :

1)Bawang putih, halia ,  serai, lengkuas , kunyit, lada hitam,  kulit kayu manis , cengkih dan buah pala

Anda boleh masak singgang , sup dan lain- lain menu yang boleh di gunakan rempah ratus tersebut. Kalau boleh lebihkan  sedikit bahan- bahan tersebut dalam masakan anda. 

2) Buah-buahan dan sayuran segar juga untuk dibuat jus minuman antaranya seperti buah epal, oren , nenas , carrot, celery dan pelbagai lagi.

Boleh dibuat jus dan terus diminum. 

3) Pastikan anda tidak stress kerana bila badan stress boleh menyebabkan imun  sistem badan boleh turun down.  

4) Pastikan tidur yang mencukupi. Jika kurang tidur dan rehat juga boleh menyebabkan badan menjadi cepat penat dan ini boleh menyebabkan sistem imun badan juga menurun.

5) Jika boleh di masa ini lakukan senaman ringan yang mudah dan boleh di lakukan dirumah. Seperti lompat bintang, sit up , plank dan pelbagai lagi. 

Ini menjadikan badan lebih sihat dan meningkat sel untuk sistem imun badan dengan senaman sekurang-kurangnya 15 ke 30 minit. 

Semoga 5 langkah yang di kongsikan ini memberi manfaat buat anda semua.

Selamat menjaga diri dan keluarga. Di doakan anda seisi keluarga terus sihat . 

Amin.

SUZYHONEY

Leave a Comment