6 Tips Menyelesaikan Masalah Sembelit Dengan Bahan Semulajadi Dan Mudah Didapati

Posted by webmaster 24/05/2019 0 Comment(s) Resepi,Petua Amalan Tradisional,
 
Sembelit atau kesulitan  pembuangan air besar merupakan satu gejala yang tidak bagus untuk kesihatan tubuh badan . Jika berterusan akan menyebabkan  terjadi masalah kepada sistem dan organ dalam badan manusia yang akan membawa kepada punca penyakit.
 
Dikongsikan resepi secara semulajadi dan menggunakan bahan-bahan di dapur sahaja dan mudah didapati bagi menolong menyelesaikan masalah ini.
 
1) Minyak Zaitun berkhasiat dan sesuai menyelesaikan masalah ini :
 
Resepi :
  • 1 sudu kecil minyak zaitun 
  • 1 sudu kecil perahan Lemon.
Dicampur keduanya dan amalkan setiap pagi dengan perut kosong. 
 
 
2) Lemon membantu menyingkir toksin dalam badan / usus dan memudahkan pembuangan air besar.
 
Resepi :
  • 1 lemon
  • 1 cawan air suam.
Separuh dari lemon diperah
Dan dicampurkan dalam air suam.
Diambil setiap pagi dalam perut kosong.
 
 
3) Gula merah dari sumber tebu mengandungi vitamin dan mineral banyak magnesium  bagi membantu melawaskan pembuangan.
 
Resepi
  •  1 - 2 sudu besar gula merah dari sumber tebu.
Direbus dengan sedikit air bagi melarutkannya. Kemudian diamalkan 1 - 2 sudu kecil setiap hari di awal pagi .
 
 
4) Coffee mengandungi bahan kafein secara  natural membantu sistem penghadaman. 
 
Boleh diambil setiap waktu yang diperlukan. Bagi yang tiada masalah alah kepada Coffee.
 
 
5) Buah Prune mengandungi fiber yang tinggi mampu melawaskan masalah ini.
 
Resepi :
  • 4 - 5 biji buah Prune
  • 1 1/2 cawan atau 1 cawan susu segar
Kemudian dikisarkan dan terus minum dengan perut kosong. Boleh amalkan setiap hari. 
 
 
6) Boleh amalkan Natural Yogurt kerana ianya mengandungi kalsium , magnesium dan  bakteria yang baik yang boleh membantu menyihatkan usus dan pembuangan. 
 
 
#Suzyhoney
#tipssihat

Leave a Comment