7 Tips menjaga rambut bagi wanita bertudung
RAMBUT ADALAH MAHKOTA WANITA
7 Tips menjaga rambut bagi wanita bertudung :
- Pastikan anda memakai tudung yang bersesuaian dan elakkan memakai anak tudung yang terlalu ketat menekup kepala dan seeloknya pilih yang diperbuat daripada kapas.
- Jangan gunakan anak tudung yang sudah dipakai berulang kali tanpa dibasuh. Kemungkinan peluh / bakteria berkumpul menjadikan rambut tidak sihat berbau hapak.
- Tak perlu nak cuci rambut setiap hari. Selang sehari adalah yang disarankan atau sebaiknya jika anda terasa kulit kepala berminyak atau gatal. Sambil cuci, gosok dan urut kulit kepala secara perlahan-lahan.
- Elakkan mencuci rambut dengan menggunakan air suam kerana ia akan menjadikan rambut kasar, kering dan susah untuk diurus. Membilas rambut dengan air sejuk adalah lebih baik untuk melembutkan kutikel rambut.
- Apabila anda pulang kerumah setelah seharian bertudung , dibuka tudung hijab, berehat seketika bagi memberi ruang udara kepada rambut dan mengeringkan peluh . Barulah sesudah itu mandi basahkan rambut.
- Pastikan guna syampu yang bersesuaian dengan rambut yang bebas dari chemical tinggi. Dan jika menggunakan perapi tidak mengena pada kulit kepala kerana ianya boleh menyebabkan kulit kepala menjadi berminyak.
- Untuk perawatan secara tradisional, boleh digunakan petua amalan ini :
- Ambil perahan air limau nipis 1 atau 2biji.
- Sebelum itu dibasahkan rambut terlebih dahulu dan perahan air limau nipis tadi di gosok gosok kebahagian kulit kepala sehingga habis sekepala.
- Dan biarkan seketika selama 15 ke 20 minit.
- Selepas itu bilaskan.
Limau nipis berkuasa merawat masalah rambut kerana kaya dengan sumber vitamin A dan C. Ianya membersihkan kulit kepala dan menghilangkan kelemumur. Juga melebatkan dan menyegarkan rambut secara semula jadi.
Boleh di amalkan seminggu 2 kali.
#suzyhoney