Batu Karang Keluar Selepas Consume Teh Misai Kucing

Posted by webmaster 24/05/2019 0 Comment(s) Coretan Suzyhoney,
   
 
Baru sebentar tadi saya dihubungi oleh salah seorang agent SuzyHoney,  Puan Elly Sherliza dari Melaka.
 
Alhamdulillah , saya diberitahu yang adik lelaki Puan Elly ini ada batu karang dan sudah pernah dilaserkan sebelum ini untuk dibuang batu karangnya itu. Tetapi normal lah jika batu karang ini boleh berulang terjadi kembali. Dan kerana kes batu karang ini adiknya sampai kena tahan di wad.
 
Puan Elly mensyorkan adiknya cuba menggunakan Teh Misai Kucing SuzyHoney bagi menyelesaikan masalah batu karang tersebut. Bulan puasa kurang minum air dan banyak minum air manis menyebabkan adik Puan Elly tiba-tiba sakit menyucuk-nyucuk di saluran kencingnya.  
 
Terus diambil Teh Misai Kucing 1 kali sehari selama seminggu dan selang seli 1 kali selang 2 hari. Tanpa disangka tiba-tiba adiknya terasa sesuatu semasa buang air kecil. Dan tiba-tiba berpasir lalu keluarlah seketul biji batu ini. Perghh.....
 
Syukurlah Alhamdulillah . Ini testimoni pertama kami yang keluar batu begini.
Teh misai kucing SuzyHoney ini yang istimewanya adalah dari Kawasan Ulu Dungun. Tanahnya subur dan keadaan tanah di sana belum tercemar . Memberi kesan yang bagus kepada pengamalnya. 
 
Terima kasih buat Puan Elly kerana memberitahu saya khabar ini.

Leave a Comment