Cara mudah untuk menurunkan bacaan gula dalam darah silalah cuba kaedah ini :
Bahan-bahan:
1 Biji Peria Katak
1 Biji Epal Hijau
4 Cawan Air Kosong
Cara-caranya:
1. Potong halus peria dan buah epal dipotong lalu dibuang bijinya.
2. Kisarkan kedua-dua bahan bersama air kosong sehingga hancur.
3. Sebelum minum jus ini, tapis dahulu bagi membuang hampas buah-buah tersebut.
Jangan mencampurkan gula kerana hilang khasiat peria tersebut dan kadar gula tidak dapat dikawal dengan baik.
Antara khasiat :
Peria Katak mengandungi tiga zat aktif bersifat anti-diabetes termasuklah charatin telah disahkan mempunyai kesan merendahkan kadar glukosa dalam darah, vicine dan sebatian insulin yang dikenali sebagai Polipeptida-P.
Epal Hijau dipercayai membantu menurunkan tekanan darah tinggi dan kolestrol.Ianya juga bagus untuk pencernaan.
SuzyHoney
Jaga sebelum jadi