Biar manis senyuman dari manis makan dan minum akhirnya memudaratkan kesihatan.
Setiap makanan mengandungi gula dan jika kita tidak berhati-hati menjaga pemakanan boleh menyebabkan terlebih gula.
Berikut adalah langkah yang boleh dipraktikkan untuk mengurangkan pemakanan tidak sihat dan pengambilan gula.
1. Minum air kosong.
Namun begitu, bagi sesetengah orang air kosong sangat membosankan kerana ianya tiada rasa dan tidak memberi motivasi untuk minum dengan kerap. Jika anda tiada keinginan untuk minum air kosong, campurkan buah-buahan manis seperti buah citrus ke dalam air kosong atau gunakan daun pudina untuk memberi rasa yang menyegarkan.
2. Melebihkan protein
Anda hendaklah melebihkan pengambilan protein dalam maknan kerana protein dapat mengurangkan keinginan untuk makan sebanyak 60% dan membantu anda kenyang lebih lama.
3. Jarakkan diri dari ‘craving’
Apabila anda mempunyai keinginan makan makanan yang manis, cuba jauhkan diri anda dari rasa tersebut dengan melakukan aktiviti lain seperti bersenam atau yoga supaya dapat mengalihkan minda dan perhatian kepada sesuatu yang lain.
4. Ubah jadual makan
Badan memerlukan sumber tenaga yang berterusan. Oleh itu, anda perlu merancang jadual makan dengan teratur. Jangan sesekali meninggalkan sarapan dan banyakkan pengambilan makanan tinggi protein dan serat. Makan secara teratur boleh menstabilkan paras gula dalam darah, sekali gus mengelakkan keinginan mengambil manisan.
5. Elakkan terlalu lapar
Anda dinasihatkan makan setiap empat jam sekali. Hal ini kerana kebiasaannya rasa sederhana lapar bertukar kepada terlalu lapar berlaku dalam tempoh 4-5 jam selepas anda menikmati makanan seimbang. Jika anda menunggu terlalu lama untuk makan, ia boleh menyebabkan anda berasa terlalu lapar dan terburu-buru mencari makanan. keadaan ini boleh menjejaskan pemilihan makanan pada waktu itu. Makan pada waktu yang tetap membuatkan tahap gula dalam darah dan tenaga anda sentiasa berada dalam keadaan stabil.
6. Elakkan stres
Hormon cortisol yang dikeluarkan ketika stres menyebabkan metabolisma badan menjadi semakin menurun. Bukan itu sahaja, stres yang melampau juga boleh mengakibatkan selera makan bertambah dan ‘sugar cravings’ sehingga berlaku peningkatan berat badan.
7. Pengambilan ekstrak bayam
Ekstrak bayam merupakan suplemen baharu di pasaran yang dibuat dari daun bayam. Ia membantu melambatkan proses percernaan lemak yang meningkatkan tahap hormon dan mengurangkan selera makan.
8. Tidur secukupnya
Anda haruslah mendapat tidur yang cukup kerana tidur yang cukup dapat merembeskan hormon gembira, iaitu serotonin. Apabila anda berada dalam mood ceria, anda tidak akan mempunyai keinginan untuk makan makanan yang manis.
9. Lebihkan buah-buahan
Gantikan snek atau coklat dengan buah-buahan. Glukos daripada buah-buahan adalah lebih elok dari manisan buatan (artificial) kerana ianya semulajadi dan senang dirungkai oleh sistem pencernaan. Buah-buahan juga mengandungi serat dan kandungan air yang tinggi dan bagus untuk kesihatan.
10. Jangan ada stok manisan
Anda boleh menghentikan tabiat membeli stok makanan ringan, coklat atau gula-gula sebagai kudapan ketika di pejabat atau di rumah. Perkara ini dapat mengurangkan tahap gula dalam badan yang boleh menyebabkan masalah diabetes.
11. Baca label makanan
Perkara ini paling jarang dilakukan, tetapi tidak salah sekiranya kita mula membaca label pada makanan. Dengan mengetahui jumlah gula dalam makanan, ia dapat membantu anda membuat keputusan yang bijak semasa pembelian dan dapat mengawal jumlah makanan yang diambil (portion control).
Jika anda konsisten mengamalkan ini pasti akan nampak hasil dan tahap kesihatan makin lebih baik.
SuzyHoney
Sejak tidak bergula jadi manis senyumanku...ha ha..boleh lah