Perkara yang Berlaku pada Tubuh Anda ketika Melakukan Hubungan Intim

Posted by webmaster 15/09/2019 0 Comment(s) Coretan Suzyhoney,

1. Menghasilkan hormon

Endorfin adalah hormon yang dihasilkan semasa melakukan hubungan intim. Hormon ini berfungsi memberikan rasa tenang dan aman sehingga anda berasa selamat bersama pasangan. Hormon oxytocin pula berperanan mengurangkan stres dalam diri anda. Hormon ini biasanya muncul setelah pasangan mencapai tahap orgasme.

 

2. Faraj semakin mengembang

Dalam keadaan terangsang, faraj wanita akan mengembang sebagai persediaan untuk menerima kemasukan zakar. Namun begitu, jika lubang faraj masih sempit, ia mungkin isyarat bahawa wanita tersebut belum bersedia untuk melakukan seks. Semakin kerap suami isteri melakukan hubungan intim, semakin bertambah keanjalan faraj.

 

3. Saiz payudara membesar

Mungkin tidak ramai yang sedar bahawa payudara wanita akan menjadi lebih besar ketika terangsang. Ketika ini darah akan mengalir dengan lebih laju ke payudara. Perkara ini membuatkan payudara mengembang dan membesar antara 20 hingga 25%.

 

4. Pembulur darah melebar

Apabila wanita mengalami rangsangan seksual yang tinggi, semua saluran darah akan mengembang dan aliran darah mengalir ke kawasan organ seks. Ketika itu, terhasillah rembesan faraj yang terdiri dari protein dan asid amino.

 

5. Clitoris membengkak dan kaku

Ketika melakukan hubungan intim, tisu clitoris membengkak dan kaku. Clitoris yang terletak di atas bibir faraj akan sedikit mengeras. Jika seorang wanita sangat terangsang, clitoris akan mengembang tiga kali ganda.

 

6. Penguncupan otot

Otot pelvis, perut dan betis akan mengalami penguncupan ketika melakukan hubungan seks. Hal ini disebabkan tindak balas badan yang berlaku semasa pasangan mencapai orgasme. Ia adalah perkara semulajadi yang dirasai ketika melakukan hubungan intim.

 

7. Kulit menjadi merah

Pembulur darah yang melebar juga menunjukkan banyaknya darah mengalir di bawah kulit. Perkara ini menyebabkan kulit anda menjadi merah dan tubuh terasa lebih panas.

 

Leave a Comment