Resepi Green Smoothie

Posted by webmaster 27/09/2019 0 Comment(s) Coretan Suzyhoney,

Bagi yang mahu mengamalkan pemakanan sihat bolehlah kita tengok apa kebaikan smoothie. 

 

Smoothie adalah sejenis minuman campuran buah-buahan dan juga sayuran. Tekstur smoothie lebih pekat dibandingkan jus.

 

Bahan-bahan Smoothie  boleh dicampur dengan  susu atau air . Juga apa sahaja pilihan anda. Boleh di campur juga dengan pelbagai jenis buah dan sayuran. 

 

Hari ini antara resepi smoothie yang sangat sedap dengan gabungan buahan yang berkhasiat  :

 

Peria katak :
Kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, magnesium, folat, zink. Ianya kaya dengan phytoinsulin yang boleh menurunkan kadar gula dan mampu menangani masalah berat badan berlebihan.  Sesuai untuk orang yang berdiet.

 

Timun :
Membantu membuang toksin dan menyejukkan badan. Menolong untuk pencernaan dan menurunkan berat badan.

 

Celery :
Kaya dengan vitamin K dan juga mengandungi folat, vitamin A, kalium dan juga vitamin C.  Yang penting ianya mengandungi Pathalid menghilangkan hormon stress juga antikanser.

 

Epal hijau : 
Kaya dengan vitamin A dan C. Bagus untuk kesihatan dan kecantikan juga.

 

Gabungan bahan-bahan di atas di panggil green smoothie.

 

Caranya :

 

  • Potong sedikit peria katak , sedikit timun dan sedikit celery juga 1 epal hijau.
  • Blenderkan kesemuanya dengan 1 cawan air.
  • Boleh di tambah sedikit madu jika suka. 

 

Sudah siap. Boleh minum di awal pagi bagi memberi tenaga sepanjang hari 

 

SuzyHoney

Tetiba hari ni nak minum dalam botol

Leave a Comment