Saya kenal seorang lelaki berbangsa Cina yang di panggil Uncle Lim. Kami setiap pagi sama- sama jogging di taman berdekatan rumah saya . Uncle Lim ini walaupun berusia 65 tahun tetapi kulit cantik dan yang paling menarik ialah tiada uban . Saya tanya apakah rahsianya ?
Kata Uncle Lim pada saya :
"U ambik itu bawang putih 3 ulas. U bakar sekali dengan kulitnya atas dapur sampai bau sedap nampak garing. Lepas tu u makan. Amalkan setiap hari 3 ulas sudah cukup! Konpem u mesti lagi cantik"
Amalan awet muda yang mudah dan murah. Memang ini antara kegemaran saya.
Bawang putih sangat banyak khasiatnya.
Sebagai antibiotik semulajadi. Kandungan diallyl sulfide dalam bawang putih didapati dapat melawan bakteria campylobacter yang menjadi penyebab kepada gangguan pencernaan malah 100 kali lebih efektif daripada pil antibiotik.
Bawang putih menghalang keracunan logam. Selain kandungan diallyl sulfide, sulfur dalam bawang putih juga didakwa mampu melindungi organ badan daripada rosak akibat keracunan logam seperti timah.
Menolong mengurangkan masalah kolestrol dan banyak lagi keistimewaannya
SuzyHoney
Apa lagi...pi lah bakar bawang putih kat dapur tu.