SUAMI TIDAK BERMINAT UNTUK MENGADAKAN HUBUNGAN SEKS BERSAMA ISTERI

Posted by webmaster 19/09/2019 0 Comment(s) Coretan Suzyhoney,

8 LANGKAH BOLEH DI PRATIK

 

Bagaimanakah caranya isteri mahu memujuk atau membantu suami dalam hal ini?

 

Dalam perkawinan banyak faktor yang membuat dan menentukan perkawinan yang bahagia, sihat dan ceria. Salah satu faktor ialah hubungan seks. Kerana ianya mengeratkan perasaan kasih sayang pasangan suami isteri.

 

Adalah normal jika dalam perkawinan ianya akan melalui berperingkat fasa yang membuat setiap pasangan berubah dari segi kehendak dan keperluan seks. Terutama bila sudah melalui fasa beranak pinak dan ada pasangan bila makin meningkat usia makin kurang kehendak kepada hubungan seks. Ini juga boleh di sebabkan faktor persekitaran , kehidupan stress dan kesibukan dalam bekerja.

 

Jika suami anda seperti tidak berminat dan tidak suka beraktiviti atau mahu memulakan untuk berhubungan seks dengan anda dan menolak permintaan anda untuk seks, ada beberapa perkara yang perlu di teliti dan di ambil kira.

 

Antara yang perlu dilakukan ialah :

 

Langkah 1.

Berprasangka baik. Anggaplah suami anda mungkin ada masalah dengan perubahan hormon yang menyebabkan  jadi kurang berminat dengan seks,  tekanan atau lemah  tenaga batin.

 

Langkah 2.

Isteri perlu mengkaji diri sendiri. Ada kemungkinan sikap dan perangai isteri sendiri menjadikan suami makin lama makin tidak berminat dan tiada bernafsu terhadap isteri. Kekadang bukan sahaja dari segi perubahan fizikal  isteri yang boleh membuat suami berubah tetapi sikap perangai isteri memainkan peranan penting buat suami. Mungkin tanpa disedari isteri yang suka berleter boleh mematikan nafsu suami !  Isteri sentiasa harus memuji  dan melayani suami dengan lembut dan manja. 

 

Langkah 3.

Menurut kajian , jika anda mengalami situasi begini isteri harus bersabar seketika dan biarkan suami menyelesaikan masalah mereka. Ada kemungkinan suami sedang mengalami tekanan kerja atau hal2 lain. Beri ruang pada suami. Dan isteri harus menarik tumpuan suami dengan perkara dan aktiviti lain untuk bersama selain dari seks.

 

Langkah 4.

Tunjukkan kasih sayang kepada suami. Pegang tangan suami bila berada di tempat awam. Bila suami menonton tv , isteri duduk sebelah dan membelai mesra suami, supaya suami rasa dia disayangi. Dari sini suami akan mula rasa minat untuk melakukan seks.

 

Langkah 5.

Isteri perlu menukar gaya penampilan bila bersama suami, melakukan perubahan untuk mengembalikan kemesraan atau tumpuan suami pada isteri.  Ubah keadaan dalam bilik tidur. Mungkin boleh pasangkan lilin wangian bagi menaikkan aroma suasana kamar tidur ! Tukar cadar baru, baju tidur yang seksi. Tak kiralah berapa pun usia isteri.....takkan nak asyik berbaju kelawar sahaja ! Boring .

 

Langkah 6.

Barulah isteri menyatakan pada suami. Bercakap dari hati ke hati. Apa kehendak isteri dan apa yang suami mahukan.  Bercerita dalam suasana yang santai dan rehat. Supaya suami tidak rasa tertekan dan akan rasa relax. Sesekali isteri perlu menyelami perasaan suami. Apa masalah suami. Dalam bab ini, jangan sesekali mengutuk dan mencari salah suami. Selesaikan cara baik.

 

Langkah 7.

Sebagai seorang muslim , sangat di syorkan supaya kita memperbanyakkan doa dan memohon agar Allah memulihkan hubungan suami isteri agar kembali erat seperti pengantin baru sepanjang masa.

 

Langkah 8.

Boleh mencuba untuk memberi suami secawan Teh Tongkat Ali SuzyHoney.

"Abang letih ya ..cubalah minum ini supaya badan abang segar sentiasa" dan 

 samping itu ambil Minyak SeraiWangi SuzyHoney urutkan suami dan...last guna Minyak Chokeng . Bagi menaikkan perasaan berahi...suami ! Kosongkan minda suami.  Pasti teruja

 

Sebagai isteri mesti sabar juga  bertindak lebih pandai ! Suami akan  tertewas dengan isteri yang lemah lembut. Teknik "mengalah" dahulu untuk isteri menang kemudian !

 

Semoga teknik dan langkah diberikan boleh membantu isteri yang memerlukan !

 

Salam sayang

SUZYHONEY

Leave a Comment