Selamat Tahun Baru 2019
7 Perkara utama kebiasaan seorang wanita fikirkan untuk Azam Tahun Baru ialah :
- BERAT BADAN : Mahu jaga diet dan pemakanan...opps mahu kurus ! Ya..ini tahun baru. Aku mesti kurus. Ha ha...
- KULIT CANTIK : Mahu pastikan kulit sentiasa cerah putih bersih dan berseri. Bebaskan wajah dari masalah kulit seperti Jerawat , jeragat , bintik bintik hitam juga kedutan.
- DUIT BANYAK : Boleh berbelanja membeli apa sahaja keperluan diri dan keluarga. - mekap, handbag ,barang kemas
- BERUBAH : Nekad dan niat mahu berubah dari perangai yang kurang baik kepada lebih baik bagi mencapai kualiti hidup yang sempurna.
- MASA : Mengurus masa dengan lebih baik. Masa untuk diri , anak anak juga suami / keluarga dan rakan rakan.
- BEBAS HUTANG : Satu perkara yang membebani ramai manusia ialah hutang. Menjadi hajat untuk selasaikan segala hutang bagi menjadikan hidup lebih selesa.
- MELANCONG : Bergembira diri dengan melihat keindahan dan tempat lain. Jauh berjalan luas pengalaman. Ya, aku mahu berehat dengan melancong !