Assalamualaikum semua kesayanganku. Semoga kita sentiasa menjadi wanita yang hebat.
"Masih lagi Topik Suami Curang"
Bila sudah berkawin berapa lama mesti akan ada up & downnya. Lumrah yang tidak boleh lari.
Nasihat Kak Suzy sebagai wanita yang bergelar isteri tidak kiralah berapa usia anda dan berapa lama kawin, mestilah pandai jaga badan. Tidak semestinya soal bentuk badan gemuk atau kurus. Yang pasti seadanya dan sesedap suami memeluk kita.
Jangan kita penting sendiri sahaja.
Dulu-dulu, zaman nenek moyang kita ramai yang mempunyai ikatan perkahwinan yang bahagia dan berkekalan hingga ke hujung usia. Padahal tiada pun zaman suai kenal dan bercinta-cinta, kebanyakannya berkahwin atas pemilihan keluarga.
Antara amalan yang perlu bila mahu menjaga hubungan suami isteri yang baik ialah antaranya mesti tidur sekatil. Jangan engkau tidur di sini, suami tidur disana.
Tak kiralah berapa usia pasangan mesti tidur bersama sekatil. Itu rahsia orang lama mengikat kasih sayang.
Lagi amalan ialah jangan bergaduh lama -lama. Bergaduh akan ada dalam hubungan suami isteri tetapi janganlah kita biarkan berpanjangan dan cepat- cepat selesaikan. Saling maaf memaafkan.
Makan bersama tunggu suami balik. Teman suami makan itulah yang akan menjadi suami ingat sepanjang masa walaupun jauh di mata.
Biasa kes suami curang isteri memang ramai di salahkan. Sikit-sikit salah isteri macam-macam salah. Tetapi perlu isteri ambil iktibar. Muhasabah diri. Ada kemungkinan kita terlepas pandang dengan apa yang ada pada diri kita.
Suka saya mahu menasihatkan semua isteri agar menjadi isteri yang sentiasa dirindui suami.
Untuk jadi isteri di rindui suami berusahalah ke arah itu.
Insha allah untuk next posting saya akan sambung kisah ini.
SuzyHoney