7 TIPS PENJAGAAN RAMBUT WANITA

Posted by webmaster 11/06/2020 0 Comment(s) Coretan Suzyhoney,

7 TIPS PENJAGAAN RAMBUT WANITA

 

Apa yang kita makan setiap hari, sudah pasti boleh mempengaruhi kesihatan rambut. Kerana makanan yang dihadam oleh usus, menghasilkan nutrisi yang akan mengalirkan ke dalam saluran darah.

Kurang nutrisi, akan mempengaruhi rambut sehingga jadi kusam, jarang dan warna kemerahan. Tentu kita taknak perkara ini berlarutan, kan?

 

 

 

Jom ikuti tips menjaga kesihatan rambut seperti dibawah ini:

 

1. Jagalah kesihatan kulit (seluruh tubuh badan) agar tidak terkena penyakit kulit atau penyakit sistemik yang menganggu pertumbuhan rambut.

 

2. Perhatikan apa juga yang kalian makan. Nutrisi yang penting untuk rambut adalah protein. Ia membantu merangsang penghasilan keratin pada rambut.

 

3. Gunakan shampoo yang sesuai dengan jenis rambut. Pilih yang bebas atau kurang bahan kimia. Pilih yang tiada kesan sampingan atau berlakunya iritasi.

 

4. Hindarkan penggunaan kosmetik rambut secara berlebihan. Biasanya apabila kita banyak guna, ia akan merosakkan struktur rambut terus.

 

5. Hindarkan trauma padad fizikal (tarikan atau ikatan yang terlalu kuat dan mengejut). Ini akan membuat akar rambut terperanjat tau. Akar rambut tu sebenarnya taklah kuat sangat, itu yang rambut senang gugur.

 

6. Keringkan rambut dengan tuala kecil yang khusus untuk rambut. Janganlah tuala tu kau buat lap tanganlah, alas meja lah. Tak boleh tau. Gunakan tuala tersebut dengan cara menekan-nekan rambut basah secara perlahan-lahan sehingga kering.

 

7. Urut secara lembut saat menggunakan shampoo. Jika terlalu lama, ia boleh menganggu dan merosakkan pembuluh darah di kulit kepala sehingga akan menganggu nutrisi rambut. 

 

Tips ni nampak mudah, tapi ramai yang terlepas pandang. Sila share kat kawan kau yang jenis degil tak mau jaga rambut tu. hehe.

 

SuzyHoney,

Rambut, mahkota wanita. PKPP pun...please jaga kesihatan rambut okay!

 

 

 

Leave a Comment