Kenapa khasiat Zink Penting Untuk Kesihatan Lelaki?

Posted by webmaster 11/06/2020 0 Comment(s) Coretan Suzyhoney,

Orang lelaki perlu mengambil makanan yang mengandungi zink bagi meningkatkan pengeluaran sperma dan membantu pengeluaran testosteron supaya ereksi lebih kuat dan meningkatkan nafsu seksual.

Zink adalah salah satu nutrisi yang paling penting untuk kesihatan prostat. Zink boleh membantu mengurangkan risiko pembesaran prostat dan juga membantu mengurangkan saiz prostat ketika prostat membesar kerana zink mempunyai sifat anti-radang. 

Zink juga sangat penting untuk memproses protein yang diperlukan oleh tubuh. Jika zink tidak mencukupi tubuh tidak dapat menyerap protein dengan baik.

Protein terdapat dalam hampir setiap sel dan struktur dalam badan, dari sel-sel otak ke dinding arteri dan juga DNA. 

Protein juga membantu membina otot yang kuat, membaiki kerosakan, menggalakkan kulit yang sihat dan membina sel yang sihat. 

Protein yang tidak mencukupi menyebabkan tubuh badan berasa lemah, letih dan mengalami kesukaran pulih daripada kecederaan seperti keregangan otot.

Selain itu juga zink sangat penting untuk lelaki apabila umur mereka meningkat bagi mendapatkan rambut yang kuat dan sihat oleh kerana mereka juga banyak kehilangan rambut kerana gugur dan rambut menjadi nipis. 

Semoga bermanfaat!

#SuzyHoneyHerbs

#TipsKesihatanSuzyHoney

Leave a Comment