Setiap pasangan mahukan kebahagian dalam rumahtangga. Namun semakin lama sesebuah perkahwinan, pasti diuji dengan pelbagai perkara yang akan mengoyahkan keharmonian suami isteri. Ini ada 5 tips mudah jalinkan semula keharmonian rumahtangga:
1. UTAMAKAN PASANGAN DALAM HATI
Biasanya selepas ada anak, amat mudah kita terlepas pandang hal ini. Keperluan pasangan terutama dari segi fiziikal dan emosi diabaikan hingga salah seorang merasa tidak disayangi.
Suami dan juga isteri perlu berdiri seiringan, menjadi tiang yang kukuh dah saling mengikat antara satu sama lain dengan kasih sayang dan perhatian secukupnya.
2. HARGAI SEKECIL APA PUN YANG DILAKUKAN
Kadang bila dah lama kahwin, 'common sense' turut hilang. Terutama lelaki. Kata-kata mudah seperti, "saya sedar silap saya". "saya mohon maaf", "terima kasih" amat jarang kita ungkapkan .
Mungkin benda ini nampak remeh namun perkara ini beri kesan yang cukup indah dalam rumahtangga sekiranya diletakkan adab dalam berbicara.
3. JANGAN SUKA MEMENDAM
Bila kerap bergaduh, kadangkala ia berakhir dengan menyimpan saja di dalam hati. Akhirnya pasangan lebih suka bersedih, kecewa atau marah dalam diam.
Bayangkanlah jika pendam sedikit-sedikit, lama ia jadi gunung berapi dan akhirnya meletus juga.
Terbukalah dalam apa juga keadaan. Berbincang dan kekalkan rasa hormat ketika berselisih faham.
4. JANGAN MERENDAHKAN PASANGAN
Jika hendak menegur jangan sampai menghina atau merendahkan diri pasangan. Terutama bila buat hal itu depan anak-anak atau ahli keluarga yang lain.
Jika anda melihat kelemahan, usah diheboh kepada satu dunia. Perbaiki ia bersama-sama. Kadangkala kelemahan pasangan dapat ditampung dengan kelebihan yang kita ada.
Yang penting saling melengkapi antara satu sama lain.
5. SELALU BUAT PASANGAN RASA DISAYANGI
Hargai pasangan dengan hadiah atau pemberian yang dia suka. Murah atau mahal itu bukan soalnya. Tetapi ingatan bahawa anda ingat akan apa yang dia suka itu yang jadi tinggi nilainya.
Pasti pasangan akan berbunga-bunga dan rasa dirinya dihargai.
6. SOLAT BERJEMAAH SELALU
Amalkan solat jemaah selalu. Yang paling penting waktu Subuh dan waktu Isya' sebab waktu lain itu mungkin masing-masing sedang bekerja atau takda waktu yang sama.
Tetapi 2 waktu ini cukup penting. Subuh adalah waktu kita memulakan hari. Dan baiknya ia jadi ibadah bersama untuk mengecap cinta Allah SWT.
Waktu Isya' pula adalah ibadah wajib kita yang mengakhiri hari kita itu. Maka bila dilakukan secara berjemaah, selepas solat saja boleh kita bermaafan mungkin kita ada mengguris hati pasangan sepanjang hari.
Dengan melakukan semua ini, InsyaAllah ia dapat mengukuhkan lagi keharmonian dalam alam rumahtangga. Gaduh-gaduh kecil tu biasalah. Ala, sedangkan lidah lagi tergigit kan. Inikan pula suami isteri. Namun apa nak buat dengan lidah yang digigit tu?
Pasti ada penawarnya dengan 6 tips keharmonian ini.
SuzyHoney,
Suka tengok pasangan romantis.