"Ibu, ibu, engkaulah ratu hatiku!"

Posted by webmaster 17/06/2020 0 Comment(s) Coretan Suzyhoney,

 

Tentu kita ternyanyikan bila baca ungkapan ini. Masa inilah kita terimbas balik kenangan kita dijaga, dibelai oleh ibu kesayangan kita. 

Jika diberikan segunung emas sekali pun, belum tentu dapat membalas kasih sayang seorang ibu. Betapa bernilainya jasa sosok wanita yang selama ini menjaga, melindungi, membimbing dan membesarkan kita.

Sebenarnya, setiap hari adalah hari ibu. Kerana, di setiap hela nafas kita tiap saat mulanya dari ihsan dan pengorbanan beliau. 

Namun hari ini adalah satu simbolik untuk kita meraikan dan mengangkat setinggi-tingginya insan mulia bernama ibu. 

Kita doakan kesejahteraan dan kesihatan kepada ibu-ibu seluruh dunia yang masih bernafas lagi ketika ini. 

Buat ibu mereka yang telah pergi mengadap Ilahi, kita sedekahkan Al-Fatihah dan memohon agar Allah SWT mengampuni segala dosanya serta menempatkan beliau di dalam syurgaNya kelak.

Senyum dan santun kasih bonda,

Lembutnya sentiasa memanggil-manggil,

Doa dititip di manapun ibu berada,

Penyejuk jiwa si anak kecil.

 

SuzyHoney,

Selamat Hari Ibu buat kita semua!

Leave a Comment