“Aku benci dia”
“Aku tidak mahu tengok muka dia lagi”
“Aku tidak akan sesekali maafkan dia”
“Aku akan buat dia rasa apa yang aku rasa”
Pernah atau tidak terlintas ungkapan-ungkapan di atas meniti di bibir atau berkunjung di benak hati dan fikiran kita?
Jika ya, apakah sebenarnya perasaan kita ketika itu? Marah? Benci? Sedih?
Jika tidak, syukurlah kerana jiwa kita bebas daripada belenggu dendam.Perasaan dendam nembuatkan kita tidak senang hati.
Mendengarnya sahaja sudah membuat jiwa resah dan terusik.Pasti pelbagai perasaan dirasa yang sudah tentunya berbaur negatif.
Dendam itu memakan jiwa, merosakkan rasa dan menyesakkan diri.
Seseorang yang menyimpan dendam pasti berada dalam keadaan tidak senang hati. Mereka merasakan semua serba tidak adil
dan perlukan tindakan untuk menuntut bela.
Sementalah ungkapan bibir dan hati terus mengucapkan kata-kata yang tidak enak didengar.
Maaf dan memaafkan. Itu adalah yang terbaik untuk dapat hati yang tenang.
Seseorang yang memaafkan kesalahan orang lain, sebenarnya sedang membantu memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik.
Sifat dendam dan marah itu jika dibiarkan bersarang di dalam diri pasti menghitamkan hati dan akhirnya boleh merosakkan diri sendiri.
SuzyHoney
2021 in coming..tutup semua buku lama.