Raja Herba Pahit

Posted by webmaster 08/01/2021 0 Comment(s) Coretan Suzyhoney,

Rasanya yang luar biasa pahitnya tu, memang buat kita tak senang duduk.
Berkerut semacam sampai terketuk-ketuk meja. Haha! Itulah penangan hempedu bumi yang digelar 'raja herba pahit'
Herba inilah yang duk viral sekarang ni. Nilainya jadi tinggi mendadak. Lagi-lagi sejak terbaharu ini,
negara jiran kita iaitu Thailand telah menjadikan herba ini sebagai alternatif kepada rawatan awal Covid-19. 

Sebenarnya herba ini dah diamalkan sejak nenek moyang kita dahulu. Ikut petua melayu lama,
hempedu bumi atau nama saintifiknya, Andrographis paniculata mempunyai banyak khasiat dan cukup
berharga untuk kesihatan manusia. 

Menurut kajian moden, hempedu bumi ini menunjukkan ciri-ciri bioaktiviti seperti antimalaria, antikanser dan antihipertensi. 

Selain itu juga, ia amat membantu dari segi: 

1. Kurangkan jangkitan saluran pernafasan
Saintis turut menjumpai kesan pengurangan simptom seperti demam, sakit tekak, keletihan dan gangguan
tidur secara signifikan selepas 5 hari pengambilan herba ini. 

2. Membantu mengurangkan masalah tonik hati
Jangkitan hati kronik terutama yang disebabkan oleh virus hepatitis B mampu dihalang daripada
terus merebak dan ini secara tak langsung memberi perlindungan fungsi hati secara optimum. 

3. Merendahkan paras gula
Banyak ujian klinikal yang didapati mampu merendahkan paras gula secara signifikan.
Dan ini memberikan kelegaan berpanjangan bagi penghidap penyakit kencing manis.

4. Kurangkan sakit sendi (artritis)
Sakit sendi dan sakit lutut didapati berkurang dalam satu kajian klinikal ke atas pesakit artritis. 
Hempedu bumi ini dikatakan bertindak sebagai komplemen semula jadi untuk pesakit artritis mengurangkan
simptom-simptom sakit sendi.

5. Mengurangkan kolitis ulseratif pada usus besar dan rektrum.
Kes ringan dan sederhana dalam kategori masalah ini telah menunjukkan kemajuan yang positif dalam beberapa
ujian klinikal setelah menggunakan herba ini pada dosage tertentu. 


Sebenarnya, khasiat hempedu bumi atau masyarakat kita lebih biasa memanggil 'akar cerita' ni bukanlah benda baharu.
Banyak 'cerita' yang tersirat dan perlu kita semua manfaatkan untuk kesihatan yang terbaik. 

Mujurlah kami semua ini suka amalkan herba ini, terutama dibuat teh dan ia memang jadi amalan untuk
tingkatkan tenaga serta sistem pertahanan tubuh badan. 

SuzyHoney, 
Syukurlah semakin ramai yang menghargai herba tradisional kita.

Leave a Comment