9 KELEBIHAN MENGAMALKAN TANGAS SECARA TRADISIONAL
Bertangas yang selalunya dilakukan dalam tempoh 20 hingga 30 minit itu sebenarnya akan berfungsi seperti sauna. Asap yang dihasilkan air didihan herba itu bertindak mengeluarkan peluh menyebabkan toksin keluar daripada tubuh.
Bagi mereka yang lakukan kaedah bertangas selepas darah nifas kering atau selepas berpantang pula, ternyata ia mampu membantu proses penyembuhan serta mengecutkan kembali rahim serta mengetatkan faraj.
1. Mengurangkan masalah #bau pada bahagian intim.
2. Mengatasi masalah keputihan dan lendiran kental.
3. Mengeluarkan sisa darah haid.
4. Mengencangkan otot vagina.
5. Mengecutkan rahim selepas melahirkan anak.
6. Mewangikan badan.
7. Mengurangkan masalah senggugut.
8. Membantu mengatasi masalah haid tidak teratur.
9. #Melembabkan kulit sekitar kawasan faraj yang mungkin kering dan gatal selepas haid.
Ingat, kita yang perempuan ni perlu jaga badan sedari muda. Bukan hanya perlu nampak cantik di luar tapi dalamannya dibiarkan membusuk tidak berjaga.
Amalan bertangas adalah amalan tradisional yang sesuai diamalkan seawal anak gadis hinggalah kepada wanita berumur.
Selamat Mencuba!
#SuzyHoneyHerbs
#TipsKesihatanSuzyHoney
#RempahTangasSuzyHoney