Khas utk Ibu Berpantang

Posted by webmaster 24/10/2018 2 Comment(s) Petua Amalan Tradisional,

Jom saksikan Video ini : 

 

 

Di antaranya :

  • Kaki tidak boleh dibuka luas dikhuatiri peranakan longgar. Duduk bersimpuh sememangnya mengetatkan otot faraj dalam masa jangka panjang.
     
  • Sewaktu berbaring, jangan mengalihkan badan ke kiri dan ke kanan sesuka hati. Untuk menjaga rahim tetap pada kedudukan, tidur terlentang dengan disendal bantal kiri dan kanan.
     
  • Ibu dalam pantang mudah masuk angin. Jadi perlu berbaju lengan panjang, rambut diikat tegang (bunjut), berstokin, manakala amalan orang lama lubang telinga disumbat bawang putih. Ibu jari dilumur kunyit hidup. Dipercayai amalan ini mengelakkan gila meroyan.
     
  • Jangan abaikan pemakaikan coli sewaktu berpantang kerana dikhuatiri payudara yang bengkak dengan susu akan kendur dan jatuh.
    Tips mudah : Gunakan nursing bra.
     
  • Berbengkung dalam masa 44 hari bagi mengekalkan bentuk badan, mengempiskan perut, menggelakkan punggung jatuh. Semasa berbengkung sapukan campuran herba barut/ tapel bagi mempercepatkan pengecutan rahim.
     
  • Dua minggu pertama elakkan mencangkung sewaktu membuang air dikhuatiri peranakan lenjan mudah terkeluar. Sebaiknya gunakan tandas duduk / kaki di buka sederhana luas.
     
  • Elakkan bergerak cergas ke sana sini/ mengangkat berat kerana boleh bentan peranakan!
     
  • Air mandian yang baik biarlah air suam yang dicampur dengan mandian Serum. Seperti daun serai wangi, daun pandan, daun lengkuas , daun seringan dan lain-lain.
     
  • Amalan bertungku dengan tungku panas yang dibaluti dengan daun mengkudu. Tujuan memudahkan sengkak agar rahim boleh kembali ke tempat asal.
     
  • Boleh juga buat amalan bertangas pada hari ke 35 - 44 hari. Bergantung kepada jahitan / tubuh badan anda.

 

Semoga memberi manfaat.

#suzyhoney

 

coming soon ...... "cara berpantang sendiri"

2 Comment(s)

Wan Nazliyaton Wan Nawi:
20/01/2019, 07:55:27 PM
Reply

Alhamdulillah..ketika saya berpantang dlu, sy masih dpt bermandi serum..sempat diajar olh arwh nenek bgm bertungku.. Arwh juga sempat tungkukan cicitnya.. Alfatihah buat arwh..

Ina:
24/01/2019, 04:12:27 AM
Reply

Betul la yg tido tak boleh pusing kiri kanan tu.. Sy mngiring kiri je sebab menyusu ank sebelah kiri.. Breast kanan jadi bengkak susu & dokter buat lubang sikit dia kata ada nanah.. Jadi tak mnyusu lah sebelah kanan.. Lepas pantang baru mngurut bidan tanya rahim sy ada sebelah kiri sebab apa? Huhuu

Leave a Comment