Baru tahu khasiat daun delima ni. Thank you for sharing kak
Ini adalah petua yang biasa di amalkan oleh orang yang tahu khasiat terbaik ini. Ada yang mengamalkan rebusan daun delima ini kerana ianya mampu menguruskan badan secara semulajadi di samping mengamalkan cara pemakanan dan gaya hidup yang sihat.
Cara merebus:
Segenggam daun delima di rebus dengan 3 gelas air di jadikan segelas. Di minum seminggu 2 ke 3 hari dalam seminggu.
Kepada yang mengalami masalah payah membuang air besar elok di amalkan setiap hari selama seminggu berturut-turut secawan sehari.
Khasiat Rebusan Daun Delima
1 . Membantu masalah susah tidur malam/ insomnia.
2. Bertindak sebagai antiseptik dan anti bakteria untuk masalah sakit dalam perut yang di sebabkan oleh kuman / bakteria . Terutama kepada yang mengalami masalah pencernaan , jika di minum rebusan daun delima ini selama 5 hari berturut akan memberi kelegaan untuk pembuangan.
3. Pokok Delima mengandungi khasiat anti oksidan yang boleh menjadikan pengamal rebusan daun delima menjadi awet muda mencegah kedut.
4. Bagi yang mengalami anemia dan lemah sangat sesuai minum rebusan air daun delima ini kerana ianya mengandungi zat besi yang tinggi.
5. Sesuai untuk orang yang mahu turunkan berat badan kerana rebusan daun delima ini membantu proses pencernaan dan pembakaran lemak secara semula jadi.
P/s : rasanya tidak pahit hanya rasa seperti teh o kosong. Kalau mahu di tambah madu asli pun bagus .