7 Tips menjaga rambut bagi wanita bertudung

Posted by webmaster 13/01/2019 19 Comment(s) Petua Amalan Tradisional,
RAMBUT ADALAH MAHKOTA WANITA
 
 
7 Tips menjaga rambut bagi wanita bertudung :
 
  1. Pastikan anda memakai tudung yang bersesuaian dan elakkan memakai anak tudung yang terlalu ketat menekup kepala dan seeloknya pilih yang diperbuat daripada kapas. 
     
  2. Jangan gunakan anak tudung yang sudah dipakai berulang kali tanpa dibasuh. Kemungkinan peluh / bakteria berkumpul menjadikan rambut tidak sihat berbau hapak.
     
  3. Tak perlu nak cuci rambut setiap hari. Selang sehari adalah yang disarankan atau sebaiknya jika anda terasa kulit kepala berminyak atau gatal. Sambil cuci, gosok dan urut kulit kepala secara perlahan-lahan.
     
  4. Elakkan mencuci rambut dengan menggunakan air suam kerana ia akan menjadikan rambut kasar, kering dan susah untuk diurus. Membilas rambut dengan air sejuk adalah lebih baik untuk melembutkan kutikel rambut.
     
  5. Apabila anda pulang kerumah setelah seharian bertudung  , dibuka tudung hijab, berehat seketika  bagi memberi ruang udara  kepada rambut dan mengeringkan peluh . Barulah sesudah itu mandi basahkan rambut.
     
  6. Pastikan guna syampu yang bersesuaian dengan rambut yang bebas dari chemical tinggi. Dan jika menggunakan perapi tidak mengena pada kulit kepala kerana ianya boleh menyebabkan kulit kepala menjadi berminyak.
     
  7. Untuk perawatan secara tradisional, boleh digunakan petua amalan ini :
     
    • Ambil  perahan air limau nipis 1 atau 2biji.
    • Sebelum itu dibasahkan rambut terlebih dahulu dan perahan air limau nipis tadi di gosok gosok kebahagian kulit kepala sehingga habis sekepala.
    • Dan biarkan seketika selama 15 ke 20 minit.
    • Selepas itu bilaskan.

      Limau nipis berkuasa merawat masalah rambut kerana kaya dengan sumber vitamin A dan C.  Ianya membersihkan kulit kepala dan menghilangkan kelemumur.  Juga melebatkan dan menyegarkan rambut secara semula jadi. 

      Boleh di amalkan seminggu 2 kali.
 
#suzyhoney

19 Comment(s)

Eeda:
18/01/2019, 10:52:16 PM
Reply

Bagus tips ni. Saya selalu buat cara sama.

Ruzy Taib:
18/01/2019, 10:55:47 PM
Reply

Tips yg sgt berguna...tq Suzy..

Jusiyana Junaidi:
18/01/2019, 10:57:48 PM
Reply

Nice info. Thank you

Ida:
18/01/2019, 10:58:05 PM
Reply

Saya suka tips ni. Terjawab kenapa kepala saya sering gatal.

Reini:
18/01/2019, 10:59:16 PM
Reply

Tips ni juga boleh hilangkan sakit kepala yg pernah saya alami dulu.

Lynn Naim:
18/01/2019, 11:10:21 PM
Reply

Wow! Good sharing

Cik Wati:
18/01/2019, 11:11:59 PM
Reply

Tenkiu tips. Nanti nak cuba buat.

Isma:
18/01/2019, 11:38:59 PM
Reply

Amazing tips. Tq

Mieda:
19/01/2019, 06:31:34 AM
Reply

Baguss tips nie. Terima kasih

K Yah:
19/01/2019, 06:52:01 AM, Estii_shop@com.my
Reply

Satu tips yg bermenfaat.

Norie:
19/01/2019, 07:29:25 AM
Reply

Thank you for sharing the good info

Nor Syaira:
19/01/2019, 07:44:51 AM
Reply

Tq tips.. Pernah buat time rambut gtl.

Norazlina Ngah:
19/01/2019, 07:58:45 AM
Reply

Wow tq tipsnya.

Che Hani Che Hussin:
19/01/2019, 08:19:33 AM
Reply

Nice info. Tq for sharing❤️

Wanazliyaton:
19/01/2019, 10:11:18 AM
Reply

Dulu saya slalu menggunakan limau nipis ni utk mencuci rambut. Rasa lega & segar sgt slps gosok kepala dg limau tu.. Tp skrg dh jarang buat.. Tk sempat nk buat..

Afdzan Mohd:
19/01/2019, 10:30:20 AM
Reply

Thank you for sharing.

Maznah Abdul Rani:
19/01/2019, 03:44:38 PM
Reply

Tq kak...info terbaik

Bibie Faizura:
21/01/2019, 07:26:20 AM, wasap.my/+60109317761
Reply

Good info!

Ana:
14/04/2020, 12:23:05 PM, keritingking.com
Reply

Betul tu bagus pakai limau nipis ni. Cuma bila pakai tu pedih la sikit

Leave a Comment