9 TIPS UNTUK MENGELAKKAN TERKENA KENCING KOTOR
- BANYAK MINUM AIR
Minumlah air dengan banyak, sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas air sehari, sehingga air kencing menjadi jerneh.
- JANGAN TAHAN KENCING
Terus buang air kencing jika terasa untuk berbuat demikian. Menangguhkan membuang kencing akan menggalakan pembiakan bakteria dalam pundi kencing.
- JAGA KEBERSIHAN ALAT SULIT
Selepas membuang air kecil, biasakan mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas, untuk mengurangkan bakteria merebak dari kawasan dubur ke saluran kencing. Basuh tangan sebelum dan selepas mencuci alat sulit. Setelah lap semburkan #ALLURINGVMIST untuk mencegah bakteria.
- GUNA PAKAIAN LONGGAR
Wanita yang hamil digalakkan memakai pakaian dalam daripada kapas dan pakaian hendaklah longgar. Elakkan pakaian dalam yang ketat.
- BUANG AIR KECIL SEBELUM DAN SELEPAS HUBUNGAN #SEKS Untuk mengelakkan jangkitan, anda dinasihatkan untuk membuang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks.
- TUKAR TUALA WANITA DENGAN KERAP
Tukar tuala wanita atau seluar dalam dengan lebih kerap jika telah kotor. Gunakan ‘panty liner’ jika mengesan tanda keputihan supaya kebersihan lebih terjaga.
- KURANGKAN KAFEIN
Kurangkan makan makanan manis atau minum air yang mengandungi kafein.
- AMBIL VITAMIN C
Amalkan pengambilan vitamin C yang mencukupi sehari untuk membantu melawan jangkitan kuman, terutamanya jika anda cenderung terkena jangkitan seperti demam.
- Elakkan menggunakan sabun wangi
Usah gunakan sabun wangi untuk mencuci bahagian intim wanita. Gunakan pencuci yang betul.
Semoga Bermanfaat!