Cara Dan Amalan Berpantang Sendiri

Posted by webmaster 24/05/2019 0 Comment(s) Petua Amalan Tradisional,Coretan Suzyhoney,
Berpantang selepas melahirkan sangat penting. Beruntung bagi yang ada ibu atau ahli keluarga yang boleh membantu kita dalam pantang. Ada juga ibu yang terpaksa melalui berpantang sendiri. Diharapkan cara / tips ini boleh membantu ibu yang berpantang sendirian.
 
Paling utama, mohon kerjasama dengan suami untuk saling membantu di saat masa dalam berpantang sendiri. Hal-hal sebegini perlu dibincang terlebih dahulu bersama suami. Terangkan kepada suami kenapa perlu berpantang supaya suami akan faham. Insha Allah suami akan menolong.
 
 
Perancangan awal mesti dilakukan.
Disyorkan ibu yang bakal melahirkan membuat senarai bagi memudahkan persiapan utk melalui saat berpantang.
Ini juga bagi menguatkan mental untuk para ibu supaya dapat melalui pantang dengan tenang.
 
Antara rutin yang perlu dirancang adalah memandikan bayi, memasak makanan, mencuci pakaian, dan penjagaan kesihatan diri seperti berurut / berbengkung.
 
 
Di senaraikan antara keperluan perawatan diri dalam pantang secara basic yang perlu ada:
  1. Set Pantang yang mudah digunakan bila berpantang sendiri.
     
  2. Bengkung (cari bengkung jenis yang besar dan mudah dipakai sendiri.) Permulaan boleh minta bantuan suami untuk uruskan cara pakai.
     
  3. Tungku : cari jenis tungku yang boleh digunakan dengan mudah. Contohnya sepert batu sungai yang bersesuaian dan mudah untuk si ibu pegang sendiri.
     
  4. Cari Tukang urut yang ada pakej boleh masakkan sekali lauk dalam pantang.
     
  5. Di antara barang yang SuzyHoney ada bagi membantu ibu dalam pantang :
    • Mandian herba yang sudah disiapkan. Tinggal rebus sahaja /SabunHerba SuzyHoney boleh digunakan setiap hari setiap kali mandi bagi menyegarkan badan dan elakkan kemasukan angin.
    • Bagi yang bersalin normal boleh gunakan Pes Barut SuzyHoney untuk tujuan mengeluarkan darah kotor/ mengecilkan perut / mengecutkan rahim pulih seperti sediakala. Mudah disapukan sendiri sebelum berbengkung. Pes Barut yang sudah dibancuh siap.
    • Bagi yang bermasalah untuk merebus akar kayu disiapkan Teh Campuran Kacip Fatimah Suzyahoney - tinggal ambil sahaja 1 sachet teh dan masukkan ke dalam air panas. Tunggu suam diminum 2 - 3 kali sehari. Bagi merawat dan memberi kesegaran badan. 
    • Sapukan minyak serai wangi SuzyHoney - minyak yang dirumuskan secara tradisional memberi kelegaan untuk urat saraf. Elakkan angin masuk dan sengal badan. Memberi bau yang segar.
 
 
 
Antara yang perlu di fikirkan / disiapkan :
Minggu pertama dalam pantang kerjasama suami amat diperlukan.
  1. Bangun seawal pagi. Mandi dan siapkan diri terlebih dahulu. Minta suami siapkan air mandian / water heater jika ada atau jerangkan air. Pastikan untuk minggu pertama mandi dengan air mandian herba/daun serum.  
     
  2. Belajar bertungku dan memakai bengkung sendiri. Minggu pertama boleh minta bantuan suami .
     
  3. Selepas ibu mandi dan siapkan diri mandikan bayi - suami boleh bantu dan sesuaikan diri. Barang keperluan bayi  semua diletakkan setempat. Memudahkan untuk kita siapkan baby. Seperti baju baju/ minyak baby/ barut perut baby/bedak dan lain lain.  (Jika baby masih tidur , ibu digalakkan berehat terlebih dahulu)
 
 
Bagi keperluan menguruskan kerja rumah :
  1. Membersih rumah- tugas ini boleh diberikan kepada maid yg boleh dtg seminggu 2 atau 3 kali. ( tak usahlah ibu nak mencuci / bersihkan mengemas rumah dahulu)   Jangan sesekali hendak buat kerja berat. 
     
  2. Urusan kain baju minta suami uruskan bawak ke kedai dobi cuci sendiri utk cuci  dan keringkan . Sekarang ini banyak kedai2 dobi cuci sendiri.   Mudahkan...!
     
  3. Jika perlu masak, (minggu pertama jangan dulu tau, rehatkan diri. Guna khidmat tukang urut dgn pakej masakan pantang sekali).  Minggu seterusnya  ibu boleh masak lauk pantang yang ringkas-ringkas sahaja.   Jika tidak tahu menu apa, cuba resepi makanan selepas berpantang ini. Di syorkan anda siapkan print dulu awal2 resepi masakan sebelum bersalin.
     
  4. Bagi ibu yang ada ramai anak , jangan rasa terbeban.  Jika ada 1 - 2 orang anak di bawah usia 5 tahun, terangkan pada mereka. Contoh "Adam..ada adik baru. Nanti tolong ibu tau..sama2 jaga baby." Tapi jangan pulak korang biarkan mereka sahaja tanpa pengawasan. Untuk anak bawah 3-ke 4  tahun ke bawah.
 
 
Didalam masa tempoh berpantang dinasihatkan juga untuk  para ibu memasang/ mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran.  Ibu semasa dalam pantang eloklah banyak beristigfar, zikir supaya jiwa tidak kosong dan jangan stress ya.  Bagi menaikkan lagi semangat ibu.  Insha Allah
 
Saya doakan semoga ibu - ibu  yang bakal melahirkan boleh uruskan keadaan ini. 
Semoga Allah permudahkan segala urusan kalian.
 
Amin
 
Catatan 
#suzyhoney

Leave a Comment