Kelebihan Berpuasa

Posted by webmaster 14/04/2021 0 Comment(s) Petua Amalan Tradisional,

5 KEBAIKAN PUASA BAGI KESIHATAN JASMANI

Puasa adalah satu saranan efektif untuk menahan diri dari segala kecenderungan negatif.
Dan lebih penting lagi dapat memotivasikan diri untuk melakukan segala kebaikan. Beberapa keutamaan dan manfaat
puasa bagi kita adalah:

1. MENINGKATKAN SISTEM KEKEBALAN BADAN
Sistem ini lebih dekat dipanggil Sistem Imunisasi Badan. Beberapa kajian menghasilkan data bahawa sewaktu kita berpuasa,
terjadi peningkatan limfosit sampai 10x ganda. Walaupun sel darah putih tak berubah ternyata sel T mengalami kenaikan pesat. 
Kita perlu tahu bahawa fungsi limfoist dan sel putih ini adalah berguna untuk melawan jangkitan penyakit
dan berperanan meningkatan kekebalan tubuh.

2 . MENJAGA KESIHATAN JANTUNG
Salah satu risiko penyakit jantung adalah kadar kolestrol yang tinggi dalam tubuh.
Bila kita berpuasa je, maka akan ada perubahan kadar kolestrol darah pada tubuh kita.
Kolestrol baik untuk jantung iaitu HDL mengalami peningkatan manakala kolestrol LDL yang mengalami penurunan. 

3. MENURUNKAN GLUKOSA DALAM DARAH SERTA BERAT BADAN
Kajian yang dilakukan ke atas 81 pelajar University Teheran of Medical Sciences menemukan
nilai berat badan (BMI), tahap kolestrol sebelum dan selepas Ramadan mendapati dengan berpuasa menyebabkan
penurunan kadar glukos dan juga berat badan secara total.

4. BAIK UNTUK KESIHATAN MENTAL
Erti sihat ni bukan saja meliputi hal fizikal. Namun ia merangkumi kesemua aspek.
Ketika puasa maka emosi akan mudah terjaga dengan baik berbanding ketika perut dalam keadaan kenyang.
Hal yang menyebabkan stress dalam tubuh dan emosi berlebihan mampu dinyahkan terus.

5. MEMBERSIHKAN RACUN DALAM TUBUH
Dr. Mohammad Ali Toha Assegaf dalam bukunya 365 Tips Sihat Ala Rasulullah,
mengatakan bahawa terdapat kotoran dan air yang keluar dari orang yang berpuasa
iaitu sejenis racun organophosphat. Ia biasanya tersimpan dalam sel adipose (lemak) dalam tubuh badan. 
Waktu Ramadan inilah terbongkar segala-galanya racun dan benda asing dalam badan.
Akhirnya badan akan jadi lebih ringan dan cergas berbanding sebelum berpuasa. 

Banyakkan kebaikan yang kita perolehi dari satu ibadah yang ini?

SuzyHoney,
Bersyukur Ya Allah, kami dapat berpuasa di tahun ini.

Leave a Comment