Keluarga Sakinah

Posted by webmaster 06/05/2021 0 Comment(s) Petua Amalan Tradisional,

"5 Tips Bina Rumahtangga Bahagia"

Norma baharu ni perlu kita manfaatkan untuk membina mahligai bahagia dari rumah anda sendiri.
Ini 5 tips untuk rumahtangga buat anda semua:

 1. BINA RUMAH SENDIRI

Maksudnya bukan bina rumah yang betul-betul rumah.
Tapi maksudnya bina suasana dan ruang di mana anda dan pasang boleh luangkan masa lakukan bersama-sama.
Rumah dikatakan umpama satu tempat rahsia hanya anda dan pasangan untuk hidup.


 2. KEKAL ROMANTIK

Masih ingat ke kali pertama anda menggoda suami anda? Tentu tak boleh lupa kan jelingan penuh
membara-bara untuk suami anda terkam anda. Masa itu hangat belaka semua benda.
Maka saat inilah anda hidupkan semula suasana ini. Buat dengan penuh kasih sayang.

Ikat dengan penuh jiwa dan cinta. Biarkan orang melihat anda sebagai pasangan merpati dua sejoli sampai tua.


 3. REALITI DUNIA RUMAHTANGGA

Anda dan pasangan perlu kembali kepada realiti bahawa hidup berumahtangga ini ada turun dan naik.
Ada saat anda ada titik persamaan yang tinggi dengan pasangan, namun esok hari anda boleh berperang
macam nak runtuh satu rumah kalian.

Semua itu adalah proses anda mengenal keindahan dan anda akan juga jumpa keburukan.
Semua itu untuk diterokai dengan hikmah. Perbaiki dan ambil pedoman dari apa yang terjadi.


 4. MULUT TAK LEKANG DENGAN TERIMA KASIH DAN MAAF

Lafazkan rasa syukur atas setiap perkara yang terjadi. Ucapkanlah maaf jika ada kesalahan yang berlaku.
Semua itu bukan untuk menjatuhkan atau merendahkan sesiapa.
Bahkan ia adalah perbuatan mulia untuk diangkat setingginya.

 5. USAH BIARKAN KEBOSANAN BERTERUSAN

Pada saat anda dah mula bosan terhadap sesuatu atau mungkin juga lali dengan sikap pasangan yang tak berubah.
Bahkan tak lut bila dibawa berbincang, saat itulah anda perlu lakukan sesuatu.

Usahakan untuk teroka aktiviti baru. Yang boleh mengembalikan keintiman kalian bersama.
Bahkan boleh juga anda berpakat dengan anak-anak untuk kembalikan keseronokkan berganda.


Selalunya ia berjaya. Siapa je tak happy tengok anak gembira kan?
 
Moga kita semua ambil pengajaran dari perkongsian ini ya. 

Selamat maju jaya semua adik kesayangan akak. BInalah keharmonian rumahtangga semua.

SuzyHoney,
Bina keluarga sakinah.

Leave a Comment