"Khasiat Bawang Putih Untuk Kesihatan"
Bawang putih boleh menghalang risiko darah tinggi dan strok. Ia merangsang penghasilan nitrik oksida
pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan melancarkan peredaran darah.
Selain itu, bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan
radikal bebas di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko anda mendapat kanser.
Bukan itu sahaja bawang putih juga mengandungi sejenis bahan Allicin yang bertindak sebagai antivirus dan antibakteria.
Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.
Tambahan lagi kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.
Dari segi bantuan sistem pencernaan bawang putih akan merembeskan asid gastrik pada lapisan perut yang
akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.
Paling penting pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu
akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.
Walaubagaimanapun pengambilannya perlu dikawal kerana ia boleh menyebabkan sel darah putih banyak di dalam badan.
Seperti yang diketahui kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan
kadar kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.
Semoga Bermanfaat!
#SuzyHoneyHerbs
#TipsKesihatanSuzyHoney
#KapsulBawangPutihSuzyHoney