Nak ke spa susah sangat waktu PKP 3.0 ini. Nah, akak kongsikan satu rahsia untuk dapatkan rambut cepat panjang,
sihat dan kuat.
Semestinya resepi yang akak kongsikan ini berasaskan dari bahan semulajadi dan mudah didapati.
Hanya dari dapur je sis. Jimat dan mudah!
Ini bahan-bahannya:
-1 cawan beras
-3 cawan air
Cara penyediaannya:
Campurkan air ke dalam beras tadi dan biarkan selama 1 malam.
Ini adalah proses fermentation atau dipanggil penapaian.
Cara penggunaan:
Mudah aje, sebelum mandi dan shampoo rambut. Basahkan keseluruhan rambut anda dengan air beras tadi.
Nak mudah, masukkan dalam botol spray. Spray ke seluruh rambut dan pastikan ia basah pada setiap helaian rambut sambil
buat urutan ke serata kulit kepala.
Ramai tak tahu rahsia ini.
Sebenarnya, hasil rendaman tersebut itulah yang menjadikan ia sangat bagus untuk rambut.
Ia mengandungi bahan anti oksidan, penguat dan pemelihara kulit kepala.
Bila rambut sihat sudah pasti buat rambut bertambah sinar.
Hehe! Ada yang tanya akak. Selamat dan berkesan ke untuk rambut kita? Kalian tak perlu risau.
Kerana secara amnya air beras selamat untuk semua jenis dan tekstur rambut.
Air beras pekat dengan kanji. Jadi ia sesuai untuk semua jenis kulit kepala.
Jadi, apa tunggu lagi. Jom kita amalkan.
SuzyHoney,
Mendidik amalan tradisional nenek moyang kita.