Petua Air Beras LAGIIII

Posted by webmaster 02/06/2021 0 Comment(s) Petua Amalan Tradisional,

Air beras ini memang petua keemasan. Ada satu lagi petua power sangat!

Khas untuk kulit muka jadi lebih lembut dan berseri! Surprisingly, caranya mudah, berbaloi dan jimat.

Beberapa hari lepas, akak dah kongsi cara guna hasilkan skrub daripada air beras.
Tak sangka viral dalam 20 minit. 

Kali ini akak nak ajak kalian semua amalkan petua ini khas buat kulit muka.
Ia perlu dijadikan rutin sebab buat sekali dua memang tak nampak kesan ketara. Ia perlu istiqomah sis. Hehe!

Caranya mudah sahaja. Air beras tu, kalian masukkan peti aje.

Bila dah terhasil sebagai ais kuib beras, kalian sapukan ia ke seluruh muka. Buat tidak lebih daripada 3 minit.

Biasanya hari pertama hingga ke3, tiada apa kesan ketara.

Tetapi selepas itu, biasanya kita akan rasakan kulit jadi lebih lembut banding biasa.

Lepas seminggu, kita akan rasa kulit wajah kita akan lebih bersinar dan segar.

Hebatnya air beras ini mengandungi banyaknya vitamin seperti Vitamin E, Antioksida, Vitamin B dan banyak lagi.
Sebab itulah ia banyak beri kesan lebih baik pada kulit. 
Waktu ini kita baru sedar, rupanya banyak manfaat tersembunyi hanya dari dapur rumah sahaja.
Semua itu untuk jadikan kita lebih sihat, cantik dan berseri.

SuzyHoney,
Banyak dah akak pecah rahsia petua ni !

Leave a Comment