Siang tadi kita singgang ikan. Masakan yang mudah juga sedap.
Ada yang tak suka ikan singgang kerana bau ikan yang hanyir kalau tak kena pada cara memasaknya.
Saya pernah di ajarkan oleh seorang Pakcik yang berusia 70an memang seorang tukang masak.
Cara menyinggang ikan bagi elakkan hanyir .
Resepinya singgang ikan aye @ ikan tongkol style Terengganu :
Ikan tongkol di potong
3 bawang merah di belah 2
2 bawang putih di ketuk
3cm lengkuas di ketuk
2cm kunyit hidup di ketuk
2 ke 3 keping asam keping
2 ke 3 lada jarum
Sedikit gula dan garam
Kacang bendi jika suka
Caranya :
1. Masukkan air dan ikan tongkol , bawang merah , bawang putih dan lengkuas juga kunyit juga asam keping .
2. Sebaik sahaja ianya menggelegak buangkan air tersebut dan di masukkan air baru.
Ulang langkah ini sebanyak 3 kali.
3. Setelah 3kali di buang air rebusan tadi barulah di masukkan garam , gula dan lada jarum.
Setelah menggelegak barulah di masukkan kacang bendi.
Siap !
Cubalah test sekali..
Pergggh..ulam dan sambal belacan sedap sekali.
SuzyHoney
Masak simple je..