Bantulah dgn Ikhlas

Posted by webmaster 10/03/2021 0 Comment(s) Coretan Suzyhoney,

Saat kita buka mata, tersenyumlah. Hari ini peluang baharu buat kita.

Tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan. Ia adalah nikmat terindah yang perlu kita syukuri.

Ada orang bangun pagi, terus resah, tak tahu macamana nak hidup hari ini.

Ada pula yang jenis tak sabar, tak tahu apa pula yang akan diterokai hari ini.

Bagaimana pula dengan kita? 

Adik-adik kesayangan akak,

Hidup ini pendek sahaja. Namun panjang tau manfaat yang kita boleh sampaikan pada semua orang sekeliling kita.

Mulai pagi ini, tanamkan dalam jiwa. 

"Aku nak tolong seseorang hari ini."

Jumpalah dengan kawan-kawan. Tanyalah apa yang dia kurang. Buat baik dan bantu dengan ikhlas.

Moga dengan cara ini Allah buka lorong untuk kita berbakti pada yang memerlukan. 

Itulah peluang kita hari ini. Memberi kebaikan dan jadikan hidup ini lebih harmoni untuk semua.

SuzyHoney, 
Selamat pagi dan terus ceria ya.

Leave a Comment