" 6 TIPS MENYELESAIKAN MASALAH SEMBELIT DENGAN BAHAN SEMULAJADI DAN MUDAH DI DAPATI."
Sembelit atau kesulitan pembuangan air besar merupakan satu gejala yang tidak bagus untuk kesihatan tubuh badan.
Jika berterusan akan menyebabkan terjadi masalah kepada sistem dan organ dalam badan manusia yang akan membawa
kepada punca penyakit.
Di kongsikan resepi secara semulajadi dan menggunakan bahan bahan didapur sahaja dan mudah di dapati.
Bagi menolong menyelesaikan masalah ini.
1). Minyak Zaitun berkhasiat dan sesuai menyelesaikan masalah ini :
Resepi :
1 sudu kecil minyak zaitun
1 sudu kecil perahan Lemon.
Dicampur keduanya dan amalkan setiap pagi dengan perut kosong.
2) Lemon membantu menyingkir toksin dalam badan / usus dan memudahkan pembuangan air besar.
Resepi :
1 lemon
1 cawan air suam.
Separuh dari lemon diperah
Dan dicampurkan dalam air suam.
Di ambil setiap pagi dalam perut kosong.
3) Gula merah dari sumber tebu mengandungi vitamin dan mineral banyak magnesium bagi membantu melawaskan pembuangan.
Resepi
1 ke 2 sudu besar gula merah dari sumber tebu . Direbus dengan sedikit air bagi melarutkan nya.
Kemudian di amalkan 1 ke 2 sudu kecil setiap hari di awal pagi .
4) Coffee mengandungi bahan kafein secara natural membantu sistem penghadaman.
Boleh di ambil setiap waktu yang diperlukan. Bagi yang tiada masalah alah kepada Coffee.
5) Buah Prune mengandungi fiber yang tinggi mampu melawaskan masalah ini.
Resepi :
4 ke 5 biji buah Prune
1 1/2 cawan atau 1 cawan susu segar
Kemudian diblender dan terus minum dengan perut kosong . Boleh amalkan setiap hari .
6) Boleh amalkan Natural Yogurt kerana ianya mengandungi kalsium , magnesium dan
bakteria yang baik yang boleh membantu menyihatkan usus dan pembuangan.
#Suzyhoney
#tipssihat