Kulit Licin dgn Air Beras!

Posted by webmaster 02/06/2021 0 Comment(s) Petua Amalan Tradisional,

Ni petua dapatkan kulit licin, lembut dan cerah. Lagi best ceritanya.
Bahan pun air beras yang akak buat tempoh hari.

Oh ya, akak dah kongsi petua untuk cantikkan rambut menggunakan air beras. Sampai viral kau! Syukurr!

Dari posting ni, ada Follower tanya apakah yang boleh di buat dengan beras yang direndam tersebut.
Takkan nak buang gitu je. Sayang le. Membazir aje !

Mestilah ada kegunaan beras tersebut. Caranya seperti di bawah:

1. Setelah kita gunakan air rendamannya, kita tapiskan beras tersebut dan tunggu hingga agak kering.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

2. Ambik beras tadi kemudian sangaikan. Iaitu goreng tanpa minyak sehingga beras tersebut kelihatan keperangan.

 

3. Selepas beras di sangai sudah mulai sejuk , terus blender sehingga menjadi serbuk.

  

4. Ambil 2 sudu besar susu tepung/susu powder ( tidak kisah apa brand pun) campurkan bersama 5 sudu serbuk beras tadi.

5. Campurkan sedikit air bagi sebatikan campuran beras dan susu tadi kemudian di perahkan sedikit lemon.

6. Boleh digunakan sebagai scrub keseluruh badan. Paling mujarab ia sesuai untuk masalah ketiak yang gelap.  

7. Setelah di sapukan scrub tersebut pada bahagian yang di inginkan, gosok dan biarkan seketika. Setelah itu barulah basuh.


Bila dah siap tu, korang akan rasa betapa lembutnya hasil dari scrub beras tadi.
Petua ini sebenarnya membantu kulit membuang sel-sel mati.

Seronok,kan? Mesti nak ulang-ulang buat lepas ini. Hehe!

SuzyHoney,
Hebatnya petua lama.

Leave a Comment