Tubuh dan fikiran kita akan tetap sihat, jika tidak dipaksa untuk sesali masa lalu dan risaukan masa hadapan.
Iya, saya memahami isi hati kalian semua. Terlalu banyak perkara di luar jangkaan yang berlaku dalam hidup kita hari ini.
Kes COVID-19 yang tidak turun-turun lagi. Isu penindasan di Palestin dan macam-macam lagi.
Sungguh, dunia ini telah tua. Terlalu banyak hal-hal berat memberi beban pada kita dan sekeliling kita.
Namun, jika kita mempersoalkan betapa besarnya ujian ini, kita akan hidup dalam keadaan yang tidak tenang dan tenteram.
Ada satu nasihat nenek moyang kita bunyinya lebih kurang begini,
"Hiduplah dengan hadapi sahaja persoalan hari ini dengan bijak.
Memikirkan hal yang telah terjadi dan yang belum terjadi, ia bukan lagi dalam kawalan kita."
Maka, fokus sahaja untuk hari ini. Lakukan yang terbaik.
Fikir baik-baik serta bertindak dengan usaha serta doa berterusan.
Kita fokus hari ini, kita ubah masa hadapan.
SuzyHoney,
Kejayaan milik kita semua.
Sarapan Nasi Minyak Terengganu...inilah dia !