Teh Bunga Telang

Posted by webmaster 10/12/2019 0 Comment(s) Petua Amalan Tradisional,

Rutin saya dan suami bila masuk keluar  kampung kebiasaan akan singgah  di warung kopi yang ada pengunjung  terdiri dari orang lama yang berusia sekitar 70an ke atas. Mereka semua ini masih kelihatan sihat dan segar.

Kebetulan ada seorang Makcik ini datang bersama suaminya. 

" Alaa...mek . Kalau orang perempuan  nak awet muda tegang tak berkedut  kulit mudah aje. Kenal tak bunga telang ? Ambik sedikit bunga telang rendam dan minum seminggu 2 ke 3 kali . Tak payah nak telan hak pelik-pelik zaman leni" katanya kepada saya. 

Kalian kenal tak bunga telang? Biasa orang gunakan untuk buat sebagai bahan pewarna untuk nasi kerabu. Pokok bunga telang ini banyak terdapat di kampung.

Cara  penyediaan teh bunga telang :

• Rendam 5  bunga telang di dalam segelas air panas selama 15 minit
• Keluarkan bunga dari cawan apabila tiada warna yang tinggal di kelopak
• Teh bunga telang biasanya ditambah dengan serai untuk meningkatkan rasa
• Teh ini juga boleh dicampur dengan beberapa titis air perahan lemon untuk menghasilkan rasa masam yang manis

Di percayai antara khasiat bunga telang ialah: 
• Sistem saraf – mempunyai kesan menenangkan saraf
• Sistem pencernaan – merupakan antimual, antipencernaan dan cholagogue
• Sistem peredaran – merupakan haemostatic yang membantu menghentikan pendarahan dan pembersih darah
• Sistem pernafasan – bertindak sebagai expectorant untuk mengurangkan kerengsaan organ pernafasan
• Sistem urin – membantu masalah sukar kencing
• Sistem pembiakan – membantu pengeluaran sperma
• Sistem integumen – meningkatkan pengeluaran kolagen dan mengekalkan keanjalan kulit

SuzyHoney
Amalan orang lama memang bagus

*** https://www.mingguanwanita.my/amalan-teh-bunga-telang-wajah-awet-muda-kulit-tegang-tak-berkedut/***

 

Leave a Comment