Jika anda ada masalah keguguran rambut, rambut mula beruban, rambut menipis dan masalah kelumumur. Sila baca apa yang saya apa yang saya tuliskan ini.
Sebut sahaja daun kari memang tahu digunakan untuk masakan. Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa daun kari mempunyai khasiat yang bagus untuk rambut.
Merujuk kepada pihak pengkaji dari India yang dilaporkan kepada Journal of Pharmacognosy and Phytochemistry antara kebaikan daun kari untuk rambut:
1. Daun kari membekalkan nutrien penting kepada rambut dan kulit kepala yang dapat memperbaiki akar rambut rosak.
2. Kandungan beta-karoten dan protein dalam daun kari mampu mengurangkan keguguran rambut.
3. Daun kari kaya dengan antioksidan yang membantu meningkatkan kesihatan folikel rambut dengan menyingkirkan sel kulit mati dan kotoran yang terkumpul di kulit kepala.
4. Vitamin B yang terdapat dalam daun kari membantu mencegah uban rambut pra-matang dan hasilnya rambut masih kekal warna hitam, lebat dan berkilat.
5. Vitamin B6 yang terkandung dalam daun kari dapat menguatkan akar rambut.
Berikut adalah cara penggunaan daun kari untuk penjagaan rambut :
1. Dijadikan tonik rambut
Daun kari turut berfungsi sebagai tonik rambut yang berkesan kerana ia mengekalkan kelembapan kulit kepala.
Ambil segenggam daun kari dan rebus bersama 2-3 sudu minyak kelapa, kemudian lumur pada rambut ketika sudah sejuk.
Kandungan vitamin B6 dalam daun kari dapat membantu menguatkan akar rambut dan mengurangkan rambut gugur.
2. Menghasilkan rambut yang berkilat
Campurkan satu sudu pes daun kari dengan tiga sudu yogurt. Gaul hingga sebati, kemudian lumurkan pada kulit kepala dan urut perlahan-lahan.
Biarkan selama 30 minit, seterusnya cuci dengan air suam. Lakukan sekali seminggu untuk memulihkan rambut kusam supaya licin dan berkilat.
3. Mencegah kelemumur
Daun kari membantu menyingkirkan kulit kepala mati dan penumpukan folikel yang merupakan penyebab utama kelemumur.
Caranya adalah campurkan daun kari dengan sedikit susu dan sapukan pada kawasan kelemumur. Lakukan cara ini setiap hari dan biarkan selama 20 minit sebelum mencucinya.
4. Mencegah uban pramatang
Daun kari merupakan salah satu bahan terbaik untuk membantu mencegah rambut beruban lebih cepat.
Campurkan ½ cawan minyak zaitun dan ½ cawan minyak badam, kemudian masukkan segenggam daun kari. Keringkan lebih kurang 15 minit dan biarkan ia sejuk sebelum disapu pada rambut.
Amalkan tiga kali seminggu untuk mencegah rambut beruban.
5. Meningkatkan pertumbuhan rambut
Penggunaan daun kari yang teratur terbukti dapat meningkatkan pertumbuhan rambut.
Ambil beberapa helai daun kari dan keringkan di bawah cahaya matahari. Setelah itu, tumbuk daun kari menjadi serbuk dan campurkan dengan satu sudu yogurt, kemudian oleskan pada akar rambut dan hujung-hujung rambut.
6. Mencegah rambut menipis
Wanita kerap mengalami rambut yang semakin menipis kerana beberapa faktor. Daun kari boleh membantu mengukuhkan folikel rambut dan meningkatkan pertumbuhan rambut.
Tumbuk beberapa helai daun kari, kemudian campurkan dengan serbuk cendana dan sapu pada kulit kepala.
SuzyHoney
Saya terfikir nak buat shampoo kari untuk cegah uban..hurm