Ketika wanita mengalami haid hormon tubuh akan berubah dan akan mengeluarkan bau yang agak menyengat ketika berpeluh.
Ada beberapa tips yang boleh anda amalkan ketika kedatangan haid iaitu:
Memakai Minyak Wangi
Anda memerlukan kesegaran yang berpanjangan setiap hari oleh itu anda digalakkan untuk memakai minyak wangi beraroma segar seperti aroma citrus atau buah-buahan.
Amalan Minum Air Rebusan
Terdapat beberapa resepi air rebusan yang boleh anda cuba menggunakan bahan semulajadi yang hanya terdapat di dapur boleh mengatasi bau badan.
Pastikan Tubuh Anda Sentiasa Bersih
Sewaktu menstruasi anda akan kerap berpeluh. Anda perlu kerap mandi sekurang-kurangnya mandi dua kali sehari untuk kesegaran tubuh badan dan mencegah bau yang kurang menyenangkan.
Jaga Pemakanan
Ketika haid anda perlu mengelakkan pengambilan makanan yang dapat membangkitkan bau badan seperti bawang merah, bawang putih, bawang bombay, kopi, durian dan sebagainya. Perbanyakan minum air putih.
Semoga bermanfaat