SUAMI 'DOWN' SEBAB ISTERI MALAS MASAK, RUPANYA...

Posted by webmaster 17/06/2020 0 Comment(s) Resepi,

"Ayang malaslah nak masak hari ini, abang order lah FoodPanda ke, Grab ke. Nak keluar manalah boleh, kan waktu PKP ni"

Si suami tersentak dengan kata-kata isteri. Mana taknya, selama ini bini rajin masak, buat itu buat ini, tiba-tiba jadi malas dan tak mau buat apa-apa.

Maka si suami pun yang jenis takda 'common sense' pun terus jadi down. Dan membawa diri. Haha!

Apa kata waktu ini, suruh si suami itu check 'penyakit' isteri yang ini:

 

 1. TIADA SELERA MAKAN

Biasalah bakal ibu ini akan menghadapi masalah deria yang tidak mampu untuk terima sebarang perubahan pada sekeliling. 

Paling biasa adalah deria bau dan rasa. Bila berubah semua ni hilang terus selera kita semua.

Inikan pula nak suruh makan, confirm rasa tawar atau kosong je. Itu yang takda mood nak masak.

 

2. CEPAT RASA PENAT

Suami perlu faham bahawa banyak perubahan berlaku terhadap sistem tubuh isteri sepanjang hamil. 

Ketika berada pada trimester pertama lagi, tubuh isteri akan bekerja lebih kuat lagi untuk proses pembentukan placenta (uri). Itulah sistem sokongan hayat untuk bayi. 

Bila dah makin besar, pasti lagi penat untuk si isteri bergerak. Itu yang selalu suami nampak isteri jalan comel macam penguin tu.

 

3. TERASA LOYA SEBAB BAU MAKANAN

Bau bawang, bau tumisan, bau nasi apatah lagi kalau bau suami. Haha! Kadang itulah punca isteri mengasingkan diri. Ibaratnya PKP untuk diri sendirilah gitu! 

Semua ini disebabkan jumlah plasma iaitu aliran darah dalam tubuh ibu mengandung meningkat hingga 50 peratus sewaktu hamil.

Jadi sebarang bentuk rangsangan ke bahagian otak jadi lebih cepat dan kuantitinya lebih besar.

Mungkin baunya sedikit je, tetapi bagi ibu hamil, baunya tu dah terasa satu rumah.

 

4. DERIA RASA YANG BERUBAH

Ala sama macam bila kita selesema atau susah nak menghidu, kita kurang selera makan dan takda rasa nikmat pun bila makanan masuk dalam rongga mulut.

Bila semua berubah, kita akan berasa susah untuk merasa apa juga juadah. Bayangkanlah bila kena memasak, semua bahan-bahan jadi kacau dan ada yang tak kena.

 

5. TIADA MOOD MASAK

Mood tetiba jadi swing. Ini bukan benda sengaja yang dibuat-buat oleh suami. 

Ada satu kajian mengatakan tahap hormon yang dialami oleh tubuh ibu mengandung berubah bila jumlah estrogen dan progesteron badan meningkat. 

Ia akan menjejaskan mood hingga ibu hamil terasa sedih, bercelaru, dihimpit rasa bimbang dan mudah sensitif terhadap perkara biasa. 

Suami kena bijak mengendalikan emosi isteri dan jadi pelindung dan penyokong terunggul untuk sang isteri.

 

SuzyHoney,

Jangan salahkan isteri ya.

Leave a Comment